GAYA HIDUP DIGITAL
Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup digital? Secara umumnya, gaya hidup bermaksud cara seseorang mencapai matlamat, seseorang bertindak melakukan sesuatu, bertindak membuat keputusan mengikut keadaan semasa atau membuat keputusan untuk dirinya. Manakala digital pula ialah satu teknologi data yang menggunakan nilai-nilai diskrit yang bukan dalam bentuk analog.
Perkataan digital datang dari sumber yang sama dengan perkataan digit iaitu digitus, perkataan Latin untuk "jari", kerana jari digunakan untuk pengiraan diskrit.
Perkataan ini sering digunakan dalam pengkomputeran dan elektronik, terutamanya di mana maklumat dunia sebenar ditukarkan kepada bentuk perduaan sebagaimana di dalam audio digital dan fotografi digital.
Gaya hidup digital
(digital lifestyle) adalah istilah yang seringkali digunakan (salah
satunya oleh Bill Gates) untuk menggambarkan gaya hidup moden yang sarat
dengan teknologi informasi (IT). Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merancang memperkenakan inisiatif Gaya Hidup Digital yang mengandungi enam ekosistem gaya hidup digital - pengangkutan, pertanian, hiburan, pembelajaran, daerah dan kerja. Inisiatif itu bertujuan menawarkan kehidupan yang lebih baik dan bersambung untuk tujuan perniagaan dan sosial. Inisiatif itu akan menyediakan gaya hidup yang dipertingkat. Gaya hidup digital adalah serupa dengan "Internet of Things" iaitu rangkaian pengesan tanpa wayar yang dikonfigurasikan sendiri yang menyambungkan pelbagai benda.
Dalam dunia pendidikan, digital memainkan peranan yang sangat penting, misalnya Ulibrary - “Ubiquitous” didefinasikan sebagai ketersediaan perkhidmatan perpustakaan kepada rakyat dalam situasi yang berterusan di ‘hujung jari’ pengguna. Projek Perintis U-Library (Ubiquitous Library) mempunyai objektif untuk menjadikan maklumat dapat diakses menerusi perluasan perkhidmatan jalur lebar dan teknologi RFID dengan kerjasama sistem rangkaian perpustakaan bagi merapatkan hubungan komuniti, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan mempereratkan rangkaian sosial masyarakat bermaklumat dalam konteks 1Malaysia.
Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia sedang menggalakkan inisiatif untuk menawarkan jalur lebar kepada seluruh negara kerana faedah ekonomi dan sosialnya amat meluas. Dengan slogan “Jalur Lebar untuk Semua”, inisiatif Jalur Lebar Negara ini akan memastikan bahawa semua rakyat Malaysia, samada di kawasan pinggir bandar, pedalaman atau terpencil, mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar. NBI diperkenalkan bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi masyarakat berpengetahuan dan untuk mengorak langkah menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Kini rakyat Malaysia telah berubah kepada kehidupan moden yang banyak memberi kemudahan secara menyeluruh dalam apa jua urusan. Inilah yang dinamakan GAYA HIDUP DIGITAL.